PRU15 | Enam PPS bertindih sebagai pusat undi di Rantau Panjang

2022-11-15 0

Terdapat enam pusat pemindahan sementara (PPS) yang turut diwartakan sebagai pusat mengundi di daerah Rantau Panjang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang berbincang dengan pihak berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian.